
Aku baru layan cerita ni, serious kelakar. Tak kisah la lambat tengok, maklum la dok kat U mana rajin tengok tv. Siapa dah tengok cerita ni? Best kan? Best kan?? Siapa yang belum tengok cerita ni pergi download cepat, fastest, fastest! Hahaha~
Aku tengok cerita ni asik gelak je, Kina tu lawak gila, natural je belakon, dah sengal, kepoh lak tu. Siapa yang tengah stress exam tu boleh la layan cerita ni kejap. Boleh download kat bawah ni.

Alyah adalah seorang gadis remaja biasa yang baru menerima keputusan SPM. Dia bermimpi untuk menyambung pelajarannya ke pengajian tinggi, tetapi oleh sebab pemikiran ibunya, Peah, yang masih kekampungan yang mengutamakan anak lelaki, Alyah terpaksa mengikut kehendak ibunya untuk menolong di gerai ayam mereka di pasar.
Andy Rasputra adalah seorang anak jutawan dari Bandung yang menetap di Malaysia. Dia rimas dengan kehidupannya di Malaysia kerana dia merasakan semua orang yang ingin berkawan dengannya adalah disebabkan kekayaannya.
Pada suatu hari Andy mengambil keputusan untuk berpura-pura menjadi miskin dengan pertolongan bekas pembantu rumahnya, Mak Yam. Sementara itu, Kina, kawan baik Alyah menyuruh Alyah berpura-pura menjadi kaya agar dia tersangkut dengan teman yang kaya supaya impianya tercapai. Alyah dan Andy bertemu melalui laman facebook dan mula jatuh cinta. Andy akhirnya memberitahu hal sebenar tentang dirinya kepada Alyah, ketika Alyah ingin memberitahu keadaan sebenar, dia dihentikan oleh Kina.
Tetapi segala-galanya terbongkar apabila ibu Alyah menyangka yang dia menjadi GRO. Apabila Andy mendapat tahu keadaan yang sebenar, dia amat kecewa dan berlalu meninggalkan Alyah.
2 LOVE(S):
spe yg blakon?mcm best je :)
best, tengok la, tu baru ada gambar. =)
Post a Comment